Lalu mulalah satu perkenalan yang tidak pernah disangka-sangkakan. Walaupun keldai tidak pernah menyimpan sebarang perasaan terhadap kuda tetapi dia tetap melayan mesej dan panggilan dari kuda. Sekadar menjaga hati rakannya. Betul ke? Boleh ke?
Setiap hari dilalui dengan bermacam-macam topik. Keldai ni seorang yang sangat ceria. Menceriakan hidup sesiapa sahaja kecuali kepada orang sukar menyedekahkan senyuman. Walhal kuda seorang yang terlalu romantik baginya. Terlalu jauh jurang perbezaan yang diwujudkan antara mereka.
Biasanya setiap pasangan kebanyakkannya akan saling melengkapi. Tapi bila terlalu jauh sangat jurangnya, mampu lagi ke? Jadi menyekat perasaan adalah jalan terbaik. Dengan itu tiada yang akan terluka. Mencegah lebih baik dari merawatnya.Betul kan?
No comments:
Post a Comment